NILAM


APAKAH ITU NILAM
  • NILAM Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. 
  • Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. 
  • Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
APAKAH MATLAMAT PROGRAM NILAM 
Membina tabiat membaca dikalangan murid

APAKAH OBJEKTIF PROGRAM NILAM
  • Menjadikan murid banyak membaca
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
BAGAIMANAKAH PROGRAM NILAM DILAKSANAKAN 
  1. Membaca dan merekod bahan bacaan - Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod NILAM
  2.  Mengesahkan rekod dan mengumpul data - Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Sistem Ganjaran dan Tahap Pelaksanaan. Merangkumi 2 Tahap :
    a. Tahap Jauhari -
    Membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat yang dikenali sebagai Jauhari.
    b.Tahap Rakan Pembaca -
    Membantu Pencambahan penyertaan murid dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca. 
  4. Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
    Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
    PAPAN KENYATAAN NILAM DI HADAPAN PSS. Murid-murid dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai NILAM melalui hebahan di papan ini

    PAPAN KENYATAAN NILAM. Statistik pinjamam buku juga akan dipamerkan di papan kenyataan ini untuk menggalakkan pinjaman buku oleh murid.


    RAK SIMPANAN BUKU REKOD NILAM PELAJAR. Murid-murid boleh menyimpan buku NILAM mereka di PSS. Namun murid digalakkan untuk membawa buku NILAM mereka ke rumah agar sentiasa dapat merekod bahan bacaaan yang telah di baca dirumah

    RAK SIMPANAN BUKU REKOD NILAM. Buku rekod NILAM murid di simpan mengikut kelas

    PENERIMA ANUGERAH NILAM.

    CONTOH FAIL GURU BAHASA MENCATAT DATA NILAM PELAJAR MENGIKUT KELAS.
    CONTOH BUKU REKOD MEMBACA MURID

Comments

Popular posts from this blog

EGG IN THE PARACHUTE

JEJAK MAKLUMAT