
NILAM APAKAH ITU NILAM NILAM Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. APAKAH MATLAMAT PROGRAM NILAM Membina tabiat membaca dikalangan murid APAKAH OBJEKTIF PROGRAM NILAM Menjadikan murid banyak membaca Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini BAGAIMANAKAH PROGRAM NILAM DILAKSANAKAN Membaca dan merekod bahan baca...